Pentadbiran Trump Rancang Untuk Tarik Diri Dari Perjanjian WTO?

475

Amerika Syarikat dilaporkan merancang untuk menarik diri daripada perjanjian global bernilai $1.7 trilion dalam kontrak kerajaan, di mana ia mungkin membangkitkan kemarahan rakan sekutunya yang lain.

Pegawai di pentadbiran Pesiden Donald Trump dikatakan telah mengedarkan perintah draf eksklusif yang akan membawa A.S keluar daripada Perjanjian Perolehan Kerajaan (GPA) di bawah naungan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), jika ia tidak diperbaharui selari dengan pandangan A.S, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

GPA bertujuan untuk membuka pasaran perolehan kerajaan kepada persaingan asing dan membantu membuat pembelian awam lebih telus.

Pengunduran A.S dari perjanjian ini dilihat akan menimbulkan kekacauan untuk syarikat asing yang telah menawarkan $837 bilion untuk akses ke pasaran perolehan awam dan merumitkan rundingan perdagangan baru yang dirancang Washington bersama UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Ia juga boleh mencetuskan masalah bagi Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang masih belum mengesahkan Perjanjian Perdagangan A.S, Mexico dan Kanada (USMCA), kerana perolehan merupakan salah satu isu kepada pertikaian dalam perjanjian tersebut.

Pengunduran A.S dari perjanjian GPA bermakna ahli negara lain termasuk UK, Jepun, Korea Selatan, Kanada dan EU akan kehilangan akses utama mereka kepada tender pemerolehan awam Amerika Syarikat.

Sebaliknya, mereka akan tertakluk kepada Akta Beli Amerika yang memberikan akses asing kepada kontrak kerajaan A.S tanpa pengecualian tertentu. Undang-undnag ini tidak digunapakai bagi perolehan kontrak perkhidmatan awam A.S.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat