Penularan Pandemik Covid-19 Semakin Membimbangkan – Pasaran Buruh A.S Dalam Bahaya!

227

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan faedah pengangguran baru meningkat tanpa disangka pada minggu lalu. Perkara ini secara tidak langsung telah meningkatkan kebimbangan bahawa penularan pandemik Covid-19 dapat memberikan impak berpanjangan terhadap pasaran buruh.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran A.S berjumlah 898,000 untuk minggu yang berakhir pada 10 Oktober. Bacaan ini jauh lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya yang hanya mencatat 845,000 dan jangkaan para pakar ekonomi pada 825,000.

Pasaran buruh yang lemah dan cabaran dalam ekonomi salah satunya disebabkan konflik politik dalaman antara Trump dan Biden menjelang pilihan raya. Biden telah menyalahkan Trump kerana mengendalikan krisis Covid-19 dengan buruk.

Tujuh bulan jangka semasa penularan wabak di Amerika Syarikat, jumlah tuntutan pengangguran masih jauh untuk capai paras puncak semasa krisis kewangan 2007-2009 iaitu pada 665,000. Setakat ini kira-kira 3.8 juta orang telah kehilangan pekerjaan secara kekal pada bulan September dengan 2.4 juta penganggur selama lebih dari enam bulan.

Pengangguran yang tinggi dan peningkatan semula dalam kes Covid-19 baru di seluruh Amerika Syarikat telah mengancam pemulihan ekonomi dari kemelesetan ekonomi, sejak bulan Februari.

Indeks US dolar yang mengukur matawan US dolar berbanding matawang utama masih mencatat pengukuhan kepada paras tukaran 93.817 setakat jam 9.30 p.m.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat