Penularan Wabak Koronavirus Beri Kesan Pada Perjanjian Perdagangan AS-China Fasa 1?

196

Saban hari penularan wabak kornavirus semakin membimbangkan sehingga membuatkan pasaran semakin khuatir terutamanya dalam pasaran kewangan. Pada hari ini, Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin telah menjawab persoalan adakah wabak koronavirus yang semakin membimbangkan kepada perjanjian perdagangan fasa 1 dengan China?

Menurut beliau, berdasarkan data-data yang ada ketika ini, beliau tidak menjangkakan bahawa wabak koronavirus akan memberi impak kepada perjanjian perdagangan Fasa 1 antara AS dengan China. Walaubagaimanapun, pandangan ini tidak kekal, ia boleh berubah berdasarkan data yang bakal dikeluarkan pada minggu ini.

Pegawai-pegawai kewangan daripada 20 ekonomi terbesar di dunia pada hari Ahad telah menegaskan bahawa mereka akan terus mengambil sikap berjaga-berjaga terhadap yang penularan wabak yang semakin marak ini. Wabak koronavirus semakin mengkhuatirkan apabila terdapat kes-kes baru yang dilaporkan di Iran, Itali dan Korea Selatan.

Mnuchin dalam temu bual bersama Reuters memberi amaran terhadap pemain pasaran agar tidak menyimpulkan apa-apa keputusan kerana ia masih terlalu awal untuk menyimpulkan bahawa wabak tersebut akan memberi impak terhadap ekonomi global atau kepada rantaian bekalan syarikat.

China setakat ini memberi tumpuan pada wabak koronavirus sebagaimana menurut Mnuchin, namun Washington masih mengharapkan Beijing mematuhi komitmennya untuk membeli lebih banyak produk dan perkhidmatan A.S. sebagaimana termaktub di dalam perjanjian perdagangan.

Tambah beliau, beliau mengakui bahawa jika penularan wabak tersebut tidak dapat ditangani maka terdapat kemungkinan akan berlakunya penangguhan perjanjian perdagangan tahap 2 dengan Beijing. Walaubagaimanapun hal tersebut tidak mendatangkan masalah, kerana walaupun perjanjian perdagangan fasa 2 dimenterai selepas pilihan raya maka ia juga adalah sesuatu yang baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat