Penurunan Cecah 500 Pips Pada GBP/USD Dari Paras Ketinggian Minggu Lalu

374

Minggu ini menjadi minggu paling merosot bagi dagangan Pound Sterling dalam tempoh 2 tahun dengan penyusutan ketara matawang tersebut berikutan faktor ketidaktentuan Brexit kembali menjadi kebimbangan pelabur.

Dagangan Pound berbanding dolar Euro juga mencatatkan penurunan mingguan terbesar dalam tempoh 3 tahun.

Jika diperhatikan pada carta harga pasangan matawang GBP/USD pula, harga telah mencatatkan penurunan lebih 500 pips dari paras tertinggi yang dicapai pada lonjakan minggu lalu susulan kemenangan parti Konservatif dalam pilihan raya UK.

Berbeza berbanding matawang lain yang mengambil peluang untuk mengukuh di atas penyusutan US dolar, Pound kekal bergerak lemah sepanjang minggu ini.

Menjadi tumpuan semalam, mesyuarat dasar monetari bank pusat England menyaksikan kadar faedah dikekalkan di paras 0.75% dan terdapat 2 ahli jawatankuasa mesyuarat mengundi untuk kadar diturunkan.

Harga membuat lonjakan pantas sekitar 80 pips ke paras 1.31300 sebelum kembali menjunam semula sekitar 140 pips melepasi paras tumpuan pada 1.30000.

Menyambung dagangan pada Asia hari ini, harga mendatar di atas paras 1.30000 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta GBP/USD.

Data pertumbuhan GDP UK untuk suku ketiga bakal menjadi tumpuan pada sesi Eropah hari ini dan juga akan memacu pergerakan Pound Sterling.

Jika kenaikan harga berlaku, jangkaan harga akan menguji semula zon SBR (support become resistance) sekitar paras 1.31000 sebelum meneruskan penurunan semula. Kenaikan lebih tinggi, berkemungkinan mencapai paras ketinggian 1.32000.

Namun jika harga berjaya turun lebih rendah dari paras 1.30000, pasaran bakal menjangkakan penurunan lebih rendah untuk trend bearish harga.

Momentum penurunan yang dikekalkan dengan isu Brexit yang terus berisiko, tambahan sekitar 200 pips penurunan bakal disaksikan pada minggu berikutnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat