Penurunan Harga EUR/USD Hanyalah Sementara?

515

Dagangan bagi pembukaan pasaran di awal minggu menyaksikan US dolar kembali pamerkan pemulihan semula selepas kerugian yang dialami selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan Jumaat lalu mencatatkan pertambahan yang merosot bagi bulan Ogos.

Penganalisis melihat faktor pertumbuhan global yang perlahan menyokong pergerakan mata wang safe-haven di awal minggu, namun pelabur meragui pengukuhan US dolar akan berterusan dengan jangkaan dagangan sebenar belum bermula ekoran pasaran AS ditutup sempena Hari Buruh.

Laporan pekerjaan NFP yang mengecewakan di samping tekanan kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell terhadap dasar monetari memberi petunjuk awal terhadap keputusan mesyuarat FOMC edisi September.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah susut lebih rendah berbanding pergerakan harga pada Jumaat lalu yang menguji zon rintangan 1.19000.

Isyarat awal pergerakan bearish harga dilihat selepas harga yang gagal tembusi zon rintangan 1.19000 mula bergerak semula di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun selepas menutup dagangan sesi New York dengan pergerakan mendatar, harga mula menunjukkan kenaikan di sesi Asia pada pagi ini (Selasa) melepasi semula halangan MA50.

Kenaikan harga dijangka akan diteruskan menguji semula rintangan 1.19000 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru pada minggu ini.

Melepasi zon rintangan tersebut akan mendorong kenaikan harga menuju sasaran baru pada rintangan 1.20000.

Paras 1.20000 sebelum ini merupakan paras sokongan pada dagangan Mei sebelum harga menjunam di bawahnya pada Jun lalu.

Untuk situasi penurunan yang boleh berlaku, harga akan kembali semula menuju paras sokongan 1.18000 pada zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menguji pula paras tumpuan sebelum ini pada 1.17500 dan juga support 1.17000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat