Penurunan Harga Minyak Mentah Bersifat Sementara?

334

Dagangan matawang komoditi dolar Kanada yang mengukuh pada permulaan sesi pasaran minggu ini kemudiannya kembali mencatatkan penurunan di samping terkesan oleh dagangan dolar Amerikat yang kembali mengukuh.

Pengukuhan dolar CAD sejak beberapa minggu kebelakangan ini adalah didorong oleh ketegangan yang berlarutan di Timur tengah mengakibatkan harga minyak mentah meningkat sekaligus memberi kesan positif terhadap matawang Loonie ekoran minyak mentah merupakan eksport terbesar Kanada.

Namun, dilaporkan harga minyak kembali mencatatkan penurunan berikutan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata mereka akan bertindak segera jika perlu untuk mengekalkan bekalan dalam pasaran dalam pada ketegangan yang berlaku di Timur Tengah memberikan isyarat kepada pelabur dan pedagang untuk unjuran permintaan yang lemah.

IEA berkata mereka sedang memantau perkembangan yang berlaku di Selat Hormuz ekoran beberapa siri insiden yang kurang menyenangkan berlaku di perairan tersebut melibatkan Iran, Britain dan Amerika Syarikat.

Potensi gangguan di Timur Tengah dilihat bakal menjejaskan sentimen pasaran dengan syarikat-syarikat pelabur, pengeluar dan pedagang mengambil langkah berwaspada sebagai reaksi terhadap kelemahan yang dilihatkan pada permintaan global.

Penganalisis pasaran di OANDA berpendapat anggaran permintaan global yang menurun oleh OPEC, IEA dan EIA telah mempengaruhi harga minyak mentah dalam pasaran sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Faktor cuaca dan ketidaktentuan geopolitik bersifat sementara dan hanya perjanjian kumpulan OPEC+ sahaja yang dapat memberi kepastian terhadap faktor pengurangan bekalan minyak.

Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama sekutunya termasuk Rusia dikenali sebagai OPEC+ telah memainkan peranan dalam mengawal bekalan minyak mentah dalam pasaran untuk mengekalkan kestabilan harga.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat