Penyokong Pro-Trump Ceroboh Capitol, Seorang Wanita Maut

984

Bakal Presiden, Joe Biden mengecam ‘rusuhan’ dicetuskan oleh kumpulan pro-Donald Trump yang menyerbu Capitol dan menuntut menghentikan ‘pengepungan’ di sekeliling bangunan tersebut.

Berucap dari Wilmington, Delaware, Biden berkata demokrasi negara itu ‘berdepan serangan yang tidak pernah terjadi sebelum ini’.

Beliau juga menyeru Trump agar memenuhi sumpahnya sebagai Presiden dan menuntut agar pengepungan itu dihentikan.

“Tindakan menyerbu Capitol, memecahkan tingkap, memasuki ruang-ruang pejabat Senat AS, menggeledah meja ahli Dewan Perwakilan, mengancam keselamatan pegawai.

“Ini bukan protes, ini satu pemberontakan,” ujar Biden.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Twitter, Trump mengulangi dakwaan bahawa undian terhadapnya telah ‘dicuri’ tetapi menggesa petunjuk perasaan untuk pulang ke rumah.

Sesi bersama Kongres untuk mengesahkan undian Dewan Pemilihan telah ditangguhkan dan terpaksa dihentikan.

Para petunjuk perasaan dilaporkan bertempur dengan polis ketika cuba menyerbu untuk memasuki bangunan Capitol sambil melaungkan slogan dan mengibarkan bendera pro-Trump serta Amerika Syarikat (AS), menuntut agar keputusan pilihan raya dibatalkan.

Rusuhan itu menyebabkan anggota Kongres bertempiaran lari dan terpaksa berlindung di bawah kerusi sambil memakai topeng muka selepas gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan media tempatan, seorang wanita ditembak mati ketika rusuhan berkenaan. Suspek kejadian masih belum dikenalpasti.

Selepas pencerobohan berlaku selama beberapa jam, pihak berkuasa mengumumkan bangunan terbabit telah dikawal semula.

Bagaimanapun, terdapat segelintir petunjuk perasaan yang masih berada di sekitar Capitol meskipun perintah berkurung diisytiharkan di seluruh bandar.

Wujud juga laporan telah berlakunya protes di negeri Kansas dan Georgia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat