Penyusutan Emas Gambarkan Kewaspadaan Pelabur

797

Harga emas merosot lebih rendah pada sesi dagangan Khamis ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada hari Jumaat ini.

Meneliti pergerakan harga pada awal sesi Eropah, logam kuning itu didagangkan menyusut pada $1,785 per auns, sementara niaga hadapan emas pula diniagakan susut pada $1,787 per auns.

Penyusutan harga emas menyusuli kenaikan sederhana yang dicatatkan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat pada 1.35%.

Pelabur masih dalam dilema sama ada Powell akan mendedahkan rancangan pengurangan pembelian aset bulanannya di simposium ekonomi tahunan Fed di Jackson Hole pada hari esok.

Jika sebelum ini pelabur yakin Fed akan melaksanakan pengurangan pada akhir tahun ini setelah diperlihatkan dengan minit meysuarat polisi FOMC edisi Julai, tetapi kenyataan pegawai Fed, Robert Kaplan pula membuatkan optimisme pelabur kembali goyah.

Ini membuatkan pelabur lebih berhati-hati dalam meletakkan posisi terhadap logam berharga ini.

Sementara menantikan ucapan Powell, pelabur akan diperlihatkan dengan bacaan data pertumbuhan ekonomi AS dan tuntutan pengangguran mingguan terlebih dahulu, yang akan diterbitkan pada malam ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat