Penyusutan Ruble Rusia Tanda ‘Bullish’ Untuk BTC? Bill Miller Tampil Dedahkan Pandangan Terkini!

3,382

Pelabur dan pengurus dana Bill Miller telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekatan kewangan yang dikenakan ke atas Rusia boleh mendorong lonjakan harga untuk Bitcoin. Beliau menegaskan bahawa emas adalah satu-satunya aset rizab negara terbesar namun ia di kawal. Ini secara tidak langsung akan menarik orang ramai mempertimbangkan BTC.

Konflik ketenteraan di Ukraine mengubah arus dalam dunia kewangan secara drastik. NATO dan EU mengisytiharkan perang ekonomi terhadap rejim Putin. Amerika Syarikat, UK, Jerman dan banyak lagi negara memutuskan sarana kewangan mereka dengan Rusia dan mengecualikan banyak bank Rusia daripada sistem pembayaran utama SWIFT.

Hasil daripada sekatan tersebut, ruble menjunam lebih 25%, manakala rakyat Rusia mula mencari instrumen kewangan alternatif untuk mengekalkan simpanan mereka. Jumlah dagangan Bitcoin di rantau ini melonjak ke tahap rekod.

Dalam temu bual baru-baru ini bersama CNBC, bekas Pengerusi Legg Mason Capital Management, Bill Miller menyatakan bahawa Rusia menyimpan 16% daripada rizabnya dalam dolar dan 32% dalam euro. Beliau seterusnya menyatakan bahawa satu-satunya bahagian rizab mereka, yang tidak dapat dikawal oleh negara lain, adalah emas (22%). Menurut Miller, metrik ini adalah tanda “bullish” untuk bitcoin.

Mengulas mengenai altcoin, beliau berkata ia jauh berbeza daripada mata wang kripto utama, dan pelabur harus melihatnya sebagai “venture asset”. Miller sebelum ini lebih dikenal sebagai orang yang skeptikal terhadap BTC namun sejak kebelakangan ini ia mula menjadi penyokong BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat