PEPE Lompat 165%, Memecoin Bersandarkan ETH & SOL Raih Perhatian!

397

“Mesti ramai sekarang makin berminat nak tengok memecoin yang ada kena mengena dengan SOL dan ETH kan?”

Memecoin terkenal pada ekosistem Ethereum (ETH) dan Solana (SOL) seperti Pepe Coin (PEPE) dan dogwifhat (WIF) yang menggunung secara ketaradilihat sebagai salah satu cara bagi bertaruh pada perlumbaan blockchain kemudian merebak ke token pada rangkaian lain.

Kenaikan kedua-dua memecoin tersebut tercetus apabila para peminat kripto semakin meminatinya, di mana PEPE di ETH yang naik sehingga $0.0000029 telah mecatatkan pendakian 165% sepanjang minggu lepas manakala WIF berasaskan SOL pula raih 82%.

Menerusi penjejakan niaga hadapan token PEPE, kurang daripada $5 juta dalam pertaruhan dibubarkan telah menunjukkan kenaikan harga kebanyakannya didorong oleh permintaan spot dan ini membawa makna tindakan harga sedemikian dapat merebak ke memecoin di rangkaian lain.

Umum mengetahui momentum kenaikan memecoin timbul sejurus selepas ETH dan SOL memperoleh lebih 8% dalam masa 24 jam lalu semasa harga Bitcoin (BTC) mengatasi paras $57,000 buat kali pertama sejak November 2021.

Suka dimaklumkan juga Yayasan Avalanche (AVAX), sebuah organisasi bukan untung yang mengekalkan blockchain AVAX telah mula melabur dalam token meme yang dibina pada rangkaian sebagai mengiktiraf budaya dalam talian dan nilai memetic boleh dipacu oleh token itu di kalangan pelabur.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) ContentFi Nick Ruck, memecoin sering pump susulan daripada kenaikan blue chip manakala pedagang pula ubah kedudukannya dari BTC dan ETH kepada altcoin sungguhpun memecoin telah keluar dari naratif.

Dilaporkan, enam wallet menjual 1.98 trilion PEPE bernilai $4 juta pada awal Selasa yang menyumbang pada beberapa tekanan jualan dengan jumlah keuntungan $2 juta kemudian 5 wallet mungkin dimiliki orang sama telah mendepositkan 1.5 trilion PEPE bernilai $3.3 juta kepada Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat