Peralihan PoS Ethereum Akhirnya Ada Tarikh Pasti! Adakah Ini Satu Berita Baik Untuk Penggemar ETH?

618

Developer Ethereum kini sedang dalam proses untuk melaksanakan gabungan yang dirancang sebelum ini dan terkini mereka telah mempunyai tarikh untuk beralih kepada proof-of-stake (PoS).

Berdasarkan perkembangan baru-baru ini, mainnet Ethereum kini bersedia untuk melancarkan gabungan pada minggu  yang bermula 19 September. Pengabungan ini akan dilaksanakan selepas melancarkan satu lagi testnet sebelum beralih kepada PoS.

Gabungan itu dijangka digunakan pada testnet Goerli pada minggu kedua bulan Ogos. Selepas itu, blockchain akan menggunakan kemas kini Bellatrix pada awal bulan September dan melancarkan gabungan dua minggu kemudian.

Tarikh baharu untuk penggabungan adalah lebih kurang sejajar dengan garis masa yang dicadangkan oleh pengasas Vitalik Buterin awal tahun ini.

Kelancaran gabungan tersebut adalah bergantung kepada penggabungan Goerli. Jika ianya sempurna maka peralihan kepada PoS dijangka akan turut lancar.

Terbaru, ‘shadow fork’ pada mainnet menyaksikan 20% nod dinyahaktifkan selepas pelancarannya, menimbulkan beberapa kebimbangan mengenai kestabilan gabungan. Terdahulu pada bulan Mei, harga Ethereum telah jatuh selepas rantaian Beacon menjalani penyusunan semula.

Penggabungan itu dijangka sebahagian besarnya akan mendorong lonjakan harga Ethereum, memandangkan ia akan menjadikan pelaburan dalam token lebih mudah diakses. Peralihan kepada PoS boleh dikatakan akan menjadi kemas kini terbesar blockchain sejak hard fork pada 2016 dan penciptaan Ethereum Classic.

Harga Ethereum didagangkan kukuh 13% dalam tempoh 24 jam kepada paras dagangan $1227.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat