Perancis Berang! UK Gagal Penuhi Perjanjian Pasca-Brexit?

230

Ketika Kesatuan Eropah (EU) dan UK masih lagi berusaha berunding untuk mendpaat kesepakatan dalam isu protokol Ireland Utara, Perancis pula mencelah dengan rancangannya untuk menyekat akses ke Channel Tunnel dan pelabuhan Calais terhadap Britain.

Anggota persatuan nelayan memberitahu dalam satu kenyataan pada Khamis, mereka akan menggunakan sejumlah besar kenderaan untuk menyekat Channel Tunnel, yang digunakan untuk menghantar barangan melalui kereta api antara UK dan Perancis.

Tindakan ini dibuat sebagai protes susulan kegagalan Britain untuk mengeluarkan lebih banyak lesen menangkap ikan di perairan UK seperti yang dijanjikan dalam perjanjian pasca-Brexit.

Nelayan Perancis mengatakan sepatutnya lebih banyak lagi lesen diperuntukkan oleh UK, dan sekarang, kesabaran mereka semakin menipis.

Sebelum ini, nelayan Perancis pernah mengambil tindakan sendirian, di mana pada bulan April, mereka telah menyekat trak yang membawa ikan dari perairan UK ke pusat pemprosesan di Perancis.

Pada bulan Mei pula bot Perancis telah menyekat pelabuhan Saint Helier di Jersey sehingga memaksa UK menghantar dua bot peronda.

Sementara itu, UK dalam satu kenyataan mengatakan negara itu kecewa dengan ancaman protes oleh nelayan Perancis.

Menurut jurucakap Downing Street, mereka telah melesenkan hampir 1,700 kapal EU secara keseluruhan, dan ia adalah selaras dengan komitmen dalam Perjanjian Perdagangan dan Kerjasama (TCA).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat