Perang CBDC: Nigeria Komited Sasarakan Penggunaan E-Naira Kepada 8 Juta Pengguna!

189

Negara Afrika iaitu Nigeria telah melancarkan mata wang digital bank pusat (CBDC) pada Oktober 2021 yang lalu. Terkini ia dilaporkan bahawa e-Naira telah menerima 840,000 pengguna dan hampir mencapai pencapaian 1 juta.

Pada masa yang sama, Gabenor Bank Negara Nigeria Godwin Emefiele telah menetapkan sasaran untuk mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna dalam fasa kedua pembangunan CBDC. Komen Emefiele datang pada Khamis, 18 Ogos, semasa pertandingan hackathon yang ditaja oleh bank pusat untuk membina produk dan perkhidmatan untuk projek e-Naira.

Beliau seterusnya menambah bahawa pengembangan platform e-Naira akan diperhalusi lagi integrasinya dengan infrastruktur pembayaran sedia ada di Nigeria. Pengguna dan peniaga yang mempunyai akaun bank boleh menggunakan infrastruktur pembayaran kewangan sedia ada Nigeria untuk memindahkan e-Naira. Nilai transaksi e-Naira di platform setakat ini telah mencecah N4 bilion.

Dalam fasa kedua pengembangan, Bank Pusat Nigeria akan bekerjasama dengan pengendali sektor swasta. Gabenor Emefiele berkata:

“Fasa kedua projek telah bermula dan ia bertujuan untuk memacu rangkuman kewangan, dimana pengguna yang tidak mempunyai akaun bank dapat memanfaatkan e-Naira”.

Gabenor Emefiele berkata bahawa e-Naira membuka peluang baharu kepada mereka yang tidak mempunyai perbankan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital negara. Walau bagaimanapun, negara juga perlu memberi tumpuan kepada peningkatan inflasi dan mata wang yang terus menyusut pada masa yang sama”.

Di tengah penyusutan nilai Naira yang pantas,
eberapa warga Nigeria telah bergerak ke arah menggunakan mata wang digital untuk mengekalkan simpanan nilai . Nigeria kini sedang memberi tumpuan kepada memulihkan ekonomi dan memperluaskan penggunaan e-Naira.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat