Perang Mulut Antara Amerika Syarikat Dan China Dapat Mengundang Padah!

486

Dua ekonomi terbesar di dunia iaitu China dan Amerika Syarikat (A.S) sejak akhir-akhir ini semakin menunjukkan taring masing-masing melalui pertelingkahan secara verbal menjelang pilihan raya Presiden A.S pada bulan November.

Menurut bekas Pengerusi Goldman Sachs Asset Management, hal ini telah meningkatkan kebimbangan terhadap ketegangan diplomatik antara AS dan China sehingga dapat memberi kesan buruk kepada negara-negara lain.

Pada hari Jumaat, kementerian luar China mengarahkan AS supaya menutup pejabat konsulatnya di Chengdu. Langkah ini diambil susulan bagi membalas tindakan AS yang mengeluarkan perintah supaya konsulat China di Houston ditutup.

Para penganalisis mengambarkan situasi ini adalah sesuatu yang tidak baik untuk kedua-dua belah pihak dan jugak kepada pihak luar,. Penganalisis Jim O’Neill, berpendapat bahawa retorik antra AS dan China ini akan terus berulang dan berkemungkinan akan lebih sukar. Sebaik-baiknya pertelingkahan tersebut tidak dimanifestasikan dalam bentuk tindakan yang drastik.

Jurucakap Jabatan Negara A.S. Morgan Ortagus mengatakan pada hari Rabu bahawa arahan untuk menutup konsulat China di Houston adalah bagi untuk melindungi harta intelek Amerika Syarikat dan maklumat peribadi rakyatnya.

Keputusan ini dibuat bagi menunjukkan bahawa A.S tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pencorobohan kedaulatan A.S.

Dolar greenback pula terus didagangkan rendah selepas jatuh ke paras terendah 2 tahun berbanding sekumpulan matawang utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat