Perang Perdagangan diantara China dan Amerika Syarikat Hanya Akan Merugikan Kedua-Dua Negara!

230

Akhbar People’s Daily melaporkan pada Rabu bahawa perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat hanya akan menjejaskan kedua-dua negara. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kebimbangan terhadap pendirian anti-China yang dilemparkan oleh Trump.

Menurut akhbar itu lagi, tindakan ini bakal memberi kesan negatif dan bakal memberi kemudaratan bukan sahaja buat kedua-dua negara, malahan negara-negara lain di dunia.

Hal ini kerana, China dan Amerika Syarikat merupakan main player terhadap rantaian bekalan dan nilai global. Justeru banyak negara akan terkesan dengan perang tersebut.

Memetik kenyataan Zhang Jianping, Ketua Pusat Penyelidikan bagi Kerjasama Serantau, buat masa ini kedua-dua negara terikat dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan pelbagai lagi sektor lain.

Jadi, tindakan memulihkan hubungan China dan Amerika Syarikat dianggap bijak dalam mengekalkan kerjasama bagi kedua-dua negara.

Ketahui Sama Ada Ini Masa Yang Terbaik Untuk ‘Sell’ atau ‘Buy’ Logam Berharga Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat