Ketahui Sama Ada Ini Masa Yang Terbaik Untuk ‘Sell’ atau ‘Buy’ Logam Berharga Ini!

41

Harga emas jatuh dalam sesi Asia pada Rabu sementara copper juga mula menjunam selepas mencatat keuntungan tajam semalam berikutan pengumuman data eksport yang tidak disangka-sangka dari Jepun.

Pasaran juga kekal dalam keadaan berhati-hati selepas Trump mengutarakan isu isyarat sempadan dalam tweetnya pada Rabu.

Emas di Comex jatuh sebanyak 0.30 peratus kepada $1,207.15 satu troy ounce. Juga di tempat sama, copper dan silver masing-masing menunjukkan kejatuhan sebanyak 0.77 peratus dan 0.18 peratus.

Data eksport tahunan Jepun meningkat kepada 5.4 peratus pada bulan Disember, lantas mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 15 bulan. Eksport negara ini yang diterajui oleh bahagian automotif dan elektronik ini meningkat melebihi ramalan peningkatan sebanyak 1.2 peratus.

Dalam laporan berasingan, RBA turut menetapkan sasaran inflasi pada julat 2 hingga 3 peratus.

Semalam, copper melonjak tinggi selepas prospek pemotongan cukai di AS dijangka bakal meningkatkan permintaan bagi komoditi ini.

Pasaran masih berada dalam keadaan stabil sementara menantikan maklumat lanjut dari Trump mengenai pembaharuan cukai dan perbelanjaan infrastruktur.

US Dollar Index telah mencecah ke paras terendah dalam masa tujuh minggu sekali gus memberi manfaat buat logam berharga buat permulaan minggu.

Tindakan Trump Tarik Diri Dari TPP Memberi Tamparan Hebat Buat Beberapa Ekonomi Terbesar Dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat