Tindakan Trump Tarik Diri Dari TPP Memberi Tamparan Hebat Buat Beberapa Ekonomi Terbesar Dunia!

124

Keputusan Trump untuk menarik Amerika Syarikat keluar dari Perkongsian Trans-Pasifik telah memberi tamparan hebat kepada beberapa ekonomi terbesar di Asia.

TPP dianggotai oleh tujuh buat negara iaitu Jepun, Vietnam, Singapura, Malaysia, Australia, Brunei dan New Zealand. Kolektif perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat mencecah sehingga $400 Billion pada tahun 2015.

Negara-negara lain seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia juga sebelum ini telah menyatakan minat untuk menyertai perjanjian terbabit.

Entiti yang tidak gembira dengan perjanjian ini tentunya syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat kerana perjanjian tersebut telah melenyapkan kira-kira 18,000 tarif ke atas produk mereka.

Sejauh mana perdagangan Asia penting buat AS?

Perdagangan di Asia merupakan nadi penggerak ekonomi AS. Negara-negara Asia yang pesat membangun di Asia termasuk China, menyumbang sebanyak 24 peratus daripada jumlah perdagangan pada tahun 2015. Jepun pula menyumbang kira-kira 5 peratus dari keseluruhan jumlah perdagangan.

Sejauh mana perdagangan AS penting buat Asia?

Perdagangan AS juga menjadi pemacu utama di negara-negara seperti Korea Selatan dan Vietnam. China merupakan negara Asia yang telah lama menikmati labihan dagangan yang besar dengan Amerika Syarikat dengan jumlah peningkatan sebanyak $84 Billion pada tahun 2000 kepada $337 Billion pada tahun 2015. AS juga merupakan destinasi eksport bagi kebanyakan negara di Asia seperti Taiwan dan Malaysia. Perdagangan langsung dengan AS sebelum ini banyak memberi manfaat buat Asia selepas China mengalami kelembapan ekonomi pada separuh pertama tahun lepas.

Negara mana yang mengalami pertumbuhan perdagangan yang paling pesat di dunia?

China. Negara ini telah mendapat manfaat sehingga 10 kali ganda sejak menjalinkan hubungan perdagangan dengan AS. Walaupun tidak menyertai perjanjian ini, negara ini telah mengutip kira-kira $626.7 Billion pada tahun 2015 melalui kerjasama perdagangan.  

Negara manakah yang mendapat manfaat paling besar daripada TPP?

Vietnam. Kini, Vietnam telah menjadi pusat pembuatan utama bagi produk-produk seperti kasut dan telefon pintar. Negara ini juga berpotensi dalam meningkatkan KDNK sebanyak 11 peratus pada tahun 2025. Sementara itu, Jepun pula merupakan negara yang membuka peluang terbesar dalam industri automotif dengan akses yang lebih murah ke pasaran eksport terbesar bagi pasaran itu.

Selepas Trump menarik diri dari TPP, apakah perjanjian yang bakal menjadi tumpuan dunia?

Penamatan TPP oleh Trump telah meletakkan RCEP (Regional Comprehensive Economic Partnership) sebagai salah satu lagi tumpuan perdagangan dunia. Perjanjian ini meliputi 45 peratus daripada populasi dunia dan melibatkan 40 peratus jumlah dagangan global.

RCEP diketuai oleh 10 buah negara di Asia Tenggara yang bertujuan untuk menyelaraskan hubungan perdagangan antara China, Jepun, India, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. Namun begitu, kualiti perjanjian ini dianggap lebih rendah berbanding TPP berikutan peraturan yang kurang ketat ke atas harta intelek, buruh dan piawaian alam sekitar. Pertemuan RCEP seterusnya dijadualkan akan diadakan pada bulan depan, di Jepun.

China Berpotensi Menggantikan US Dalam Perjanjian TPPA

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat