Perang Perdagangan US-China Mungkin Ditangguhkan- Bagaimana Dengan Risiko Cukai?

421

Tindakan Donald Trump membawa sedikit kelegaan kepada syarikat-syarikat multinational apabila beliau menangguhkan perang perdagangan dengan China. Namun kelihatannya presiden US tersebut masih lagi belum mengunci ancaman tarif tersebut sepenuhnya.

Pada hari Selasa, sepatutnya menjadi hari Korporat Amerika, namun penglobi terpaksa memberi perhatian tinggi dengan mengikuti jejak langkah Trump yang mahu mengenakan cukai ke atas barangan import China sekurang-kurangnya $50 billion .

Sekuriti Kewangan Steven Mnuchin mengatakan pada hari Ahad, bahawa jabatan telah bersetuju untuk menangguhkan tarif dalam masa yang sama cuba untuk membina rundingan yang lebih rinci dengan China berkenaan isu tarif. Namun hal ini tidak bermaksud bahawa mereka membatalkan kesemuanya buat sementara waktu.

Menurut penasihat ekonomi Rumah Putih, ” Saya tidak merasakan bahawa pengenaan cukai telah tamat — jauh sama sekali,”.

Trump telah mengancam dengan ancaman cukai sehingga $150 billion ke atas barangan import China selepas Jabatan Perdagangan US mengatakan pada tahun ini bahawa Beijing telah melanggar hak intelek Amerika.

Dalam isu yang sama, USTR telah terlepas pandang siasatan 301 dalam beberapa perkara bagi pengamalan IP China. Wakil perdagangan Rober Lighthizer berpendapat, dengan penerusan 301, US mungkin akan menggunakan apa yang ada untuk melindungi teknologi mereka melalui pengenaan cukai, pengetatan pelaburan dan udang-undang eksport.

Jabatan belum lagi memberi rincian bilakah tarikh akhir tarif keatas barangan China. Begitu juga dengan hal 301, tidak diketahui bilakah ia akan tamat.

Dalam erti kata lain, terlalu awal untuk mengumumkan tarif Trump China sebagai surat mati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat