Perang Rusia-Ukraine: Rubel Cecah Paras Terendah Sepanjang Masa

812

Mata wang Rusia, rubel menjunam ke paras terendah sepanjang masa dan perdagangan di bursa saham Moscow pula digantung selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan serangan terhadap Ukraine pada Khamis.

Serangan bertalu-talu yang dilancarkan ke atas Ukraine selepas pengumuman tersebut telah menyebabkan pasaran kewangan di seluruh dunia panik.

Rubel terperosok lebih 7% susulan pengumuman tersebut, membawa dagangan mata wang itu ke sekitar harga 87.00 berbanding dolar AS.

Junaman ini turut memberi impak kepada penggantungan pasaran saham Moscow, sebelum ia diumumkan akan dibuka semula pada jam 3.00 petang waktu tempatan.

Susulan daripada serangan ini, Amerika Syarikat dan sekutunya yang lain telah berjanji untuk mengenakan sekatan yang lebih berat ke atas Rusia.

Terdahulu, Washington telah mengambil langkah sekatan yang menyasarkan institusi kewangan dan hutang negara Rusia selepas Putin mengerahkan angkatan tenteranya ke wilayah timur Ukraine setelah mengiktiraf Luhansk dan Donetsk pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat