Peraturan Tak Jelas, Nasdaq Tak Jadi Lancar Exchanger Kripto?

84

Bursa saham kedua terbesar di dunia Nasdaq, tidak akan tergesa-gesa melancarkan exchanger kripto sehingga pembuat dasar melaksanakan peraturan yang lebih jelas.

Menurut Tal Cohen, naib presiden eksekutif syarikat Nasdaq, kebanyakan exchanger kripto dapat memenuhi keperluan pelabur runcit dan syarikatnya akan memberikan fokus terhadap perkhidmatan penjagaan kripto yang dilancarkan pada 20 September.

Tambahnya lagi, bursa sedang memperkembangkan perkhidmatan kripto dengan meningkatkan keupayaan platform dalam aspek pemindahan aset.

Walaupun Nasdaq berbelah bahagi dalam melancarkan exchanger kripto di Amerika Syarikat tetapi syarikatnya telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pembrokeran terkemuka Brazil, XP bagi melancarkan exchanger kripto pada tahun lepas.

Difahamkan pembuat dasar di Amerika Syarikat harus membuat tindakan cepat dalam menawarkan rangka kerja yang jelas agar pasaran kripto berada di bawah bidang kuasa undang-undang.

Gary Gensler, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S (SEC) juga menegaskan bahawa Kongres A.S kerap kali meminta peraturan yang lebih jelas, namun pihaknya tidak membuat sebarang kemajuan dalam bidang pengawalseliaan.

Oleh demikian, peraturan yang lemah bukan sahaja menghalang Nasdaq memasuki pasaran kripto, malah platform kripto lain akan menanggung kesakitan disebabkan tindakan penguatkuasaan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat