Perbelanjaan Pengguna A.S Catat Peningkatan Pada Bulan Februari! Adakah Trend Ini Akan Kekal?

1,062

Perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat mencatat peningkatan yang sederhana pada bulan Februari dan momentum ini dijangka akan menurun dengan banyak bagi bulan-bulan akan datang berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin marak bermula bulan Mac.

Wabak Covid-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menimbulkan malapetaka terhadap ekonomi A.S. Bagi mengurangkan impak wabak tersebut terhadap ekonomi, Rizab Persekutuan telah mengambil langkah-langkah drastik dan Kongres A.S juga telah mengumumkan pakej rangsangan sebanyak $2 trillion. Pakar ekonomi menyifatkan bahawa ekonomi A.S kini berada dalam fasa kemelesetan.

Pada hari Khamis, Jabatan Buruh telah melaporkan bahawa warga Amerika telah menfailkan tuntutan faedah pengangguran sehingga kepada 3.28 juta tuntutan pada minggu lalu. Bacaan ini mengatasi rekod tertinggi yang pernah dicatat sebelum ini pada tahun 1982 iaitu sebanyak 695,000 jumlah tuntutan.

Menurut Jabatan Perdagangan, perbelanjaan pengguna yang dikeluarkan pada hari yang mencakupi lebih daripada dua pertiga daripada aktiviti ekonomi mencatat peningkatan sebanyak 0.2% pada bulan lepas. Hal ini adalah disebabkan isi rumah membelanjakan lebih banyak ke atas perbelanjaan tenaga elektrik dan gas.

Setakat ini Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kes koronavirus yang paling tinggi di dunia iaitu dengan melebihi 82,000 kes. Gabenor-gabenor negeri telah mengarahkan agar warga A.S tetap tinggal dirumah dan ini telah menjejaskan lebih dari 100 juta orang.

Pasaran Kewangan tidak banyak berubah susulan data dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat