Perdana Menteri Jepun Hidap Penyakit Kronik?

264

Baru sahaja minggu lalu Jepun dikejutkan dengan laporan bahawa Perdana Menteri Shinzo Abe yang dimasukkan ke hospital Keio University di Tokyo untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Namun, hari ini, Shinzo Abe dilaporkan sekali lagi untuk menerima pemeriksaan perubatan susulan daripada minggu lalu.

Situasi ini nyata menimbulkan kekhuatiran terhadap pelabur mengenai kemungkinan hal ini boleh membawa kepada perletakan jawatan Abe, lebih-lebih lagi apabila terdapat laporan bahawa sebab utama beliau ke hospital adalah untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit kronik dan bukannya untuk pemeriksaan perubatan, lapor media tempatan Nippon TV.

Kesihatan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Jepun itu semakin merosot sejak kebelakangan ini, lebih-lebih setelah menerima tekanan yang berat dalam menangani krisis Covid-19 walaupun jumlah kematian di Jepun adalah lebih rendah.

Sejak akhir-akhir ini juga popularitinya telah mencapai tahap terendah dalam beberapa tinjauan, di mana beliau dikritik kerana pemerintahannya yang lambat dan tidak berkesan dalam mengatasi krisis pandemik.

Kenaikan saham Nikkei yang disokong oleh peningkatan tertinggi yang dicapai niaga hadapan S&P 500 pada hari ini, terhenti susulan laporan mengenai tahap kesihatan Shinzo Abe yang membimbangkan ini sebelum kembali meningkat ekoran disokong oleh laporan positif mengenai vaksin Covid-19.

Sementara itu, dagangan safe-haven yen pula didagangkan menyusut berbanding US dolar dan kebanyakkan matawang utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat