Pereka Produk Apple, Jony Ive Tinggalkan Syarikat Apple Inc!

1,000

Jony Ive merupakan pereka hebat Apple yang telah bersama syarikat Apple Inc. selama 30 tahun akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Ive sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua pegawai rekaan Apple untuk syarikat itu sejak tahun 1992 dan telah bertanggungjawab mereka produk terkemuka Apple seperti iMac, iPod Mini, i Phone, MacBook Air, iPad, Apple Watch dan AirPod.

Pada hari ini, Ive yang merupakan antara orang paling berpengaruh selepas Steve Jobs memutuskan untuk bersara dan menerajui firma rekaan beliau sendiri LoveFrom. Walaupun beliau sudah tidak bersama Apple namun beliau masih lagi terlibat dalam reka bentuk produk-produk Apple kerana Apple akan menjadi salah seorang pelanggan syarikat beliau pada masa akan datang.

Menurut Ive, pada ketika ini beliau akan menumpukan pada rekaan produk yang berkaitan kesihatan dibawah firma beliau, LoveFrom.

Apple setakat ini belum menamakan individu yang akan menggantikan Jony Ive namun setelah perletakan jawatan Jony Ive, jawatan ini akan dipecahkan kepada Evans Hankey sebagai Naib Presiden Rekaan Industri dan Alan Dye mengambil jawatan Naib Presiden Rekaan Antaramuka Manusia.

Saham Apple dilaporkan jatuh 1% selepas pengumuman tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat