Pergerakan EUR/USD Berkecamuk, Petunjuk Seterusnya Pada Data PCE!

179

Perubahan corak harga pada carta utama berlaku semula pada dagangan Khamis semalam ekoran prestasi US dolar yang kembali merosot dan gagal mengekalkan momentum pengukuhannya.

Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang diterbitkan di sesi New York semalam dilihat gagal menyuntik rangsangan berterusan terhadap US dolar.

Selain itu, pelabur berkemungkinan mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan risiko penutup dagangan Jun dan juga di penghujung suku tahun kedua 2024 ini.

Mata wang utama yang lain kembali memanfaatkan ruang yang dibuka oleh US dolar yang hilang ‘taringnya’ sementara tumpuan akan terarah kepada terbitan data indeks harga PCE AS di sesi New York malam ini.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan corak kenaikan semula pada Khamis semalam hingga melepasi zon 1.07000.

Pada Rabu sebelumnya, penurunan harga telah membuat penurunan ke paras 1.06700, namun harga masih lagi gagal untuk turun lebih rendah apabila paras tersebut kekal menjadi sokongan buat harga untuk 3 minggu berturut-turut.

Pergerakan harga di sesi Asia pagi ini (Jumaat) berlegar di sekitar zon 1.07000 sementara pelabur kekal berhati-hati untuk situasi tak menentu yang dijangkakan.

Penentuan adalah pada reaksi data indeks PCE untuk memacu arah pergerakan harga selanjutnya selain memberi gambaran hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Sekiranya harga susut bawah zon 1.07000, paras sokongan 1.06700 akan terus menjadi tumpuan untuk diuji.

Jika akhirnya harga berjaya tembusinya, penurunan lebih rendah harga dijangkakan boleh mencecah sehingga ke sekitar 1.06000.

Namun, jika lonjakan pula yang dipaparkan, harga berpotensi naik mengatasi paras yang dicapai di awal minggu sekitar 1.07400.

Seterusnya, selepas isyarat bullish lebih jelas harga akan mensasarkan ke zon tumpuan 1.08000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat