Pergerakan Matawang Dalam Pasaran – Harga Minyak Bercampur, Emas Terus Menyusut – Sesi Asia

62

Forex

Matawang Australia mengukuh pada hari Selasa dalam sesi dagangan Asia.

AUD mencatat bacaan yang mengukuh sebanyak 0.01% kepada 0.7662 berbanding US dolar. USD/JPY menunjukkan bacaan pada 112.63, mengukuh sebanyak 0.07% setakat jam 10.00 a.m.

Pengukuh matawang Aussie didorong selepas Reserve Bank of Australia (RBA) mengeluarkan laporan minit mesyuarat.

Bank of Japan akan mengeluarkan keyataan polisi monetari pada hari Khamis.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.09% kepada 93.31 dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa setakat jam 10.00 a.m.

Minyak

Harga minyak bercampur pada hari Selasa dalam sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.02% kepada $57.23 setakat jam 10.00 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.16% kepada $63.34 setong setakat jam 10.00 a.m.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pergerakan harga minyak pada hari ini.

Tindakan pengamabilan untung ketikan harga minyak mentah WTI naik, kerana khuatir permintaan minyak akan melonjak naik semasa cuti nanti.

Selain itu, harga minyak juga didorong oleh isu mogok yang berlaku di Nigeria yang merupakan pengeluar minyak utama.

Emas

Harga emas jatuh pada hari Selasa dalam sesi dagangan Asia berikutan pengukuhan US dolar dan tumpuan pelabur terhadap kemajuan reformasi cukai US.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat penyusutan sebanyak 0.14% pada hari Selasa kepada $1,257.10 setakat jam 10.00 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat