Pergerakan Matawang Dalam Pasaran, Harga Minyak Dan Emas Naik – Sesi Eropah

101

Forex

US dolar kekal stabi berbanding matawang utama dalam pembukaan sesi dagangan Eropah sebelum menyusut pada ketika ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.15% kepada 93.09 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa setakat jam 05.10 p.m.

Jumlah dagangan dijangka akan semakin mengecil berikutan cuti Krismas yang akan datang tidak lama lagi.

Matawang US dolar itu mula menguat selepas Republikan menyatakan keyakinan bahawa pelan pengurangan cukai US bakal diluluskan ke dalam undang-undang pada minggu ini.

Pelabur yakin bahawa Kongres akan meluluskan bil cukai tersebut pada minggu ini dengan undian Senat pada malam ini.

Pasaran kini memberi tumpuan pada laporan permit bangunan dan laporan perumahan.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.25% pada bacaan 1.1812. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.07% kepada 1.3393 setakat jam05.10 p.m.

Matawang Euro mengukuh selepas Demokrat Sosial Jerman bersetuju untuk berunding mengenai parti gabungan dengan Angela Merkel.

Minyak

Harga minyak mula mengukuh dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.54% kepada $57.53 setakat jam 05.10 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.41% kepada $63.67 setong setakat jam 05.10 p.m.

Peningkatan harga ini didorong oleh isu saluran minyak laut utara yang positif apabila jangka waktu yang diambil untuk perbaikan berbaki 2 hingga 4 minggu.

Selain itu, terdapat tanda-tanda bahawa pertumbuhan pengeluran minyak mentah US dijangka akan bertumbuh secara perlahan.

Emas

Harga emas naik ke paras tertinggi 2 minggu lalu pada hari Selasa berikutan kekhuatiran pelabur terhadap reformasi cukai dan laporan data perumahan.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kenaikan sebanyak 0.15% pada Selasa kepada $1,267.40 setakat jam 05.10 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat