Pergerakan Matawang Forex Pada Pasaran Eropah Setakat Ini

89

Pada pasaran eropah, yen kekal kuat berbanding dolar dan euro selepas Korea Utara membalas amaran Presiden Donald Trump dalam kenyataan rasminya semalam.

Matawang yen berbanding dolar (USDJPY) pada pasaran Eropah meneruskan penurunan sebanyak 0.57% kepada 109.71 setakat jam 5.15 petang.

Sentimen pasaran forex sekarang terkesan dengan kenyataan rasmi daripada Korea Utara yang sedang dalam pertimbangan untuk melepaskan serangan peluru berpandu ke wilayah Amerika pasifik di Guam, beberapa jam selepas Presiden Trump mengancam Korea Utara.

Konflik ini bermula apabila China tidak berjaya menghentikan Korea Utara daripada meneruskan ujian peluru berpandunya walaupun didesak oleh Amerika. Tambahan pula, Korea Utara berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang bergerak sejauh 933km sebelum jatuh di kawasan perairan bahagian tengah di laut Jepun baru-baru ini.

Pasangan matawang EURJPY susut ke paras dua minggu terendah kepada 128.75.

Swiss franc yang juga salah satu daripada safe haven meningkat berbanding dolar dan euro, dengan USD/CHF susut 1.08% kepada 0.9638 manakala EUR/CHF turun 1.21% kepada 1.1312.

Dolar pula sedikit kuat berbanding euro dengan EUR/USD susut 0.15% kepada 1.1734

Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang hanya bergerak sekitar pembukaan harga hari ini iaitu di paras 93.48.

Setimen risk-off turut memberi kesan kepada matawang komditi Australia dan New Zeland.

AUD/USD susut 0.35% kepada 0.7886 manakala NZD/USD susut 0.08% kepada 0.7325.

Kiwi masih bertahan dengan pasaran tertumpu kepada mesyuarat bank pusat New Zealand (RBNZ) pada hari Khamis nanti, dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat