Pergerakan Matawang Forex Sesi Asia, Yen Semakin Kuat

64

Yen menaik berbanding dolar US dan matawang lain pada sesi Asia hari Rabu berikutan kesan geopolitik terkini yang berlaku di semenanjung Korea.

Korea Utara menyatakan, mereka sedang memeriksa secara terperinci tentang pelan untuk melancarkan peluru berpandu ke wilayah US Pasifik di Guam, selepas Presiden US, Donald Trump menjelaskan jika terdapat sebarang ancaman kepada Amerika, mereka tidak akan teragak-agak untuk melancarkan serangan.

Disebabkan oleh tekanan diatas, yen menguat dan pasangan matawang USDJPY kekal susut 0.52% kepada 109.77 yen setakat jam 10.10 pagi, selepas berada disekitar 110.75 pada pembukaan pasaran minggu ini.

EURJPY pula susut 0.69% kepada 128.77 yen, dan matawang AUDJPY jatuh 1.12% kepada 86.34 yen.

” Pasaran sebelum ini memihak kepada matawang utama lain (selain Yen) selepas kenyataan tentang Korea Utara oleh Presiden Trump di keluarkan, jadi pergerakan secara tiba-tiba berlaku apabila Korea Utara mengeluarkan ancaman mereka kepada Guam”, kata ketua strategi forex di Daiwa Sekuriti, Mitsuo Imaizumi.

“Ada diantara para pelabur menjangkakan Korea Utara akan melancarkan serangan ke atas Guam pada masa yang terdekat. Jadi impak pegerakan seperti ini akan pudar tidak lama lagi”

Risiko sentimen di pasaran kewangan juga antara punca yang menyebabkan hasil jualan bon Amerika menurun dan memberi kesan terhadap kekuatan dolar. Di bursa saham Asia, saham US melemah pada pagi ini, bon US jatuh sebanyak 3 mata.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan berbanding enam matawang utama lain, kekal di paras 93.633 selepas melepasi paras tertinggi 11 hari, 93.876 semalam.

Matawang EURUSD susut 0.2% kepada $1.1729, selepas susut 0.4% semalam berikutan data tawaran pekerjaan US bagi Jun meningkat di luar jangkaan. Manakala GBPUSD susut 0.03% kepada 1.2986.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat