Pergerakan Pasaran Kewangan Global Setakat Petang Ini

91

Dolar susut sedikit pada pasaran Asia pagi tadi, namun berjaya kekal di paras tertinggi enam minggu yang lalu berikutan data pekerjaan yang positif pada hari Jumaat menghilangkan sedikit keraguan para pelabur terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah tahun ini.

Indeks dolar US yang menjadi ukuran kekuatan greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.1% kepada 93.325 setakat jam 3.30 petang.

Dolar berjaya keluar daripada paras terendah 15 bulan, 92.548 kepada 93.774 selepas data pekerjaan US minggu lepas di umumkan. Namun tiada peningkatan sehingga hari ini berikutan para pebalur masih menanti tanda-tanda yang lebih jelas berkenaan tempoh yang bakal diambil oleh bank pusat untuk mengetatkan polisi dan mengecilkan bon bernilai $4.2 trillion.

Ketua Pegawai pelaburan di US. Bank Private Client Group di Helena, Bill Northey berkata, “Melihat pada pasaran hadapan Fed, peluang untuk kenaikan kadar faedah tahun ini kurang daripada 50 peratus.”

Tambah beliau, “Kita dijangka dapat mengenal pasti tarikh tentang perubahan polisi tersebut menjelang mesyuarat pada bulan September akan datang, dan kita tidak akan terkejut sekiranya perubahan di lakukan secara tiba-tiba”.

Indeks harga pengeluar dan pengguna pada hari Khamis dan Jumaat ini akan menjadi tumpuan kepada pelabur untuk mengenal pasti kedudukan inflasi dan ekonomi semasa di Amerika.

Pasangan matawang USDJPY susut 0.18% kepada 110.55 yen, manakala EURUSD pula meningkat 0.14% kepada $1.1812.

Matawang Aussie juga meningkat 0.15% berbanding dolar kepada $0.7924, menghampiri paras tertinggi bulan Julai dua tahun lepas pada $0.8066

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat