Pergerakan Pasaran : Laporan Data Pembuatan Gagal Mendorong Pengukuhan Matawang CAD!

226

Matawang dolar Kanada menyusut berbanding US dolar pada hari Selasa susulan laporan data pembuatan lemah dan kejatuhan harga minyak membataskan pengukuhan matawang CAD.

US dolar mengukuh berbanding dolar Kanada sebanyak 0.21% kepada paras bacaan 1.3263 setakat jam 11.10 p.m.

Laporan yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan jualan pembuatan Kanada jatuh kepada -1.3% pada bulan Julai berikutan penutupan kilang logam dan automotif. Dalam masa yang sama kejatuhan harga minyak telah membataskan pergerakan matawang. Laman Reuters melaporkan bahawa pengeluaran minyak daripada Arab Saudi akan pulih kepada paras sedia kala lebih cepat daripada jangkaan.

Sebelum ini serangan ke atas kawasan penapisan minyak Saudi telah mengurangkan sehingga 5% pengeluaran minyak global. Hal ini telah meningkatkan kekhuatiran pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global yang akan bertumbuh perlahan dan peningkatan ketegangan antara AS dan Iran.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan sebanyak 0.30% kepada paras 97.882 setakat jam 11.15 p.m.

Pasaran menjangkakan the Fed akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Matawang pound mencatat pengukuhan dengan mengukuh sebanyak 0.46% berbanding US dolar kepada paras 1.2486 selepas menteri luar Ireland mengatakan bahawa Ireland tidak akan menandatangi perjanjian kekal mengenai isu pembatasan dan UK akan cuba mencari solusi. EUR/USD juga didagangkan kukuh melebihi 0.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat