Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Khamis

506

Pasaran Matawang

US dolar mengukuh berbanding matawang utama lain pada hari Khamis dalam sesi dagangan Asia. US dolar mencapai paras tertinggi lima minggu selepas peniliaian yang bullish daripada Gabenor Fed Jerome Powell berkenaan ekonomi US pada hari Selasa.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan kukuh pada awal perdagangan sebanyak 0.03% kepada 90.64 setakat jam 10.10 pagi.

Matawang USD menyusut berbanding matawang yen kepada 106.63. AUD/USD didagangkan susut sebanyak 0.39% kepada 0.7731. Matawang EUR/USD menyusut sebanyak 0.02% kepada 1.2191 setakat jam 10.10 pagi.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh penganalisis BNP Paribas, ” Yen boleh menjadi matawang terkuat di kalangan negara G-10. BoJ masih dovish buat masa ini, tetapi berkemungkinan perubahan polisi selepas ini adalah lebih hawkish.”

Yen membuat lonjakan sejak sesi Asia pada Rabu, apabila BoJ mengurangkan amaun pembelian bon mereka. Pengurangan ini dilihat oleh pasaran sebagai satu bentuk pengetatan polisi sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa bank pusat ke arah menamatkan pelonggaran kuantitatif dan kualitatif (QQE) mereka.

Penyusutan AUD pula adalah disebabkan kejatuhan bacaan Australia Capex pada suku tahun keempat. Australia Capex jatuh buat pertama kali sebanyak 0.2% sejak suku tahun keempat 2016.

Kejatuhan dalam perbelanjaan modal oleh syarikat-syarikat dapat membawa indikasi negatif terhadap ekonomi. Hal ini kerana perniagaan berkemungkinan akan mengurangkan perbelanjaan untuk meningkatkan mutu fasiliti dan barangan dan akhirnya menyebabkan kadar inflasi bergerak perlahan.

Pasaran Komoditi

Harga minyak terus mencatat kejatuhan pada hari Khamis selepas data inventori melonjak naik melebihi jangkaan.

Harga minyak WTI jatuh kepada $61.63 setong dan Brent jatuh kepada $64.62 setong setakat jam 10.10 a.m.

Selain itu, pasaran juga berpendapat kejatuhan harga minyak adalah juga disebabkan pengambilan untung oleh pemain pasaran pada akhir bulan selepas harga minyak mencatat harga tertinggi 3 minggu lalu pada minggu ini.

Harga emas meneruskan kejatuhan sebanyak 0.08% kepada 1316.80 berikutan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat