Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Khamis

537

Pasaran Matawang

US dolar didagangkan pada paras tertinggi 1 minggu berbanding matawang utama pada hari Khamis berikutan keyakinan pembuat dasar terhadap kenaikan kadar faedah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan pada 90.01 setakat jam 10.30 a.m.

Matawang USD menyusut berbanding matawang yen kepada 107.27. Manakala AUD/USD didagangkan susut sebanyak 0.06% pada 0.7799. Matawang EUR/USD susut sedikit sebanyak 0.01% kepada 1.2282.

Pasaran kini memberi tumpuan pada minit mesyuarat bank pusat Eropah pada petang ini.

Pasaran Komoditi

Harga minyak terus jatuh pada hari Khamis berikutan pengukuhan US dolar. Namun kejatuhan harga sedikit terbatas disebabkan pengurangan inventori minyak mentah U.S.

Harga minyak WTI jatuh kepada $60.98 setong dan Brent jatuh kepada $64.87 setong setakat jam 10.30 a.m.

Matawang US dolar mengukuh ke paras tertinggi lebih 1 minggu berbanding matawang utama yang lain pada penutupan hari Khamis. Hal ini disebabkan komen yang bersifat ‘hawksh‘ daripada pembuat dasar mengenai kadar faedah.

Harga emas terus mengalami penyusutan berikutan pengukuhan US dolar. Kini harga emas berada pada paras harga $1,326.20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat