Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Rabu

496

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mengukuh ke paras tertinggi 3 minggu berbanding matawang utama pada hari Rabu  selepas teks ucapan Jerome Powell dikeluarkan pada pukul 9.30 malam semalam.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan kukuh pada awal perdagangan sebanyak 0.01% kepada 90.32 setakat jam 10.30 a.m.

US dolar telah melanjutkan kenaikan semalam apabila Powell menegaskan perlunya lanjutan kenaikan kadar faedah beransur-ansur.

Beliau mengatakan pendirian FOMC untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah (Fed Fund Rate) bagi mencapai sasaran inflasi yang stabil dan gunatenaga-penuh.

Powell juga berjanji untuk mengimbangi antara usaha menstabilkan inflasi dan juga usaha untuk mencapai sasaran inflasi 2%.

Tambah beliau keadaan ekonomi semasa Amerika Syarikat menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan terutamanya dari segi pasaran pekerjaan.

Matawang USD menyusut berbanding matawang yen kepada 107.14. Manakala AUD/USD didagangkan kukuh sebanyak 0.01% pada 0.7790. Matawang EUR/USD menyusut sebanyak 0.04% kepada 1.2228 setakat jam 10.30 pagi.

Penyusutan matawang Euro dipengaruhi oleh pengukuhan US dolar dan persediaan pilihan raya negara di Itali yang bakal diadakan pada hari Ahad ini.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah meneruskan kejatuhan 2 hari berturut-turut selepas data industri menunjukkan peningkatan inventori minyak mentah.

Harga minyak WTI jatuh kepada $62.62 setong dan Brent naik kepada $66.20 setong setakat jam 10.30 a.m.

Inventori minyak mentah meningkat sebanyak 933,000 tong sehingga kepada 421.2 juta tong.

Harga emas sebanyak 0.04% kepada 1,319.10 namun jatuh daripada paras harga semalam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat