Pergerakan Pasaran Matawang Dan Komoditi Pada Hari Rabu

727

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mencatat penyusutan pada sesi dagangan Asia, Rabu selepas penasihat utama ekonomi Donald Trump meletak jawatan berikutan beliau gagal menyakinkan Trump agar membatalkan pengenaan cukai import.

Matawang US dolar menyusut kepada 105.67 berbanding matawang yen dariapda paras harga 106.10 selepas White House mengumumkan perletakan jawatan Gary Cohn.

Cohn merupakan bekas pegawai bank di Wall Street kemudian beliau menjadi  penasihat ekonomi US dan antara orang kuat yang menentang polisi ‘perang dagang’ yang ingin dilakukan Trump. Perletakan jawatan beliau menghadirkan kekuatiran terhadap peningkatan cukai import.

Pelabur berspekulasi kelompok protectist dalam White House lebih cenderung dengan kelemahan matawang dolar agar ia dapat menjana eksport US dan dalam masa sama membuatkan import semakin mahal.

Selain itu, penyusutan US dolar juga didorong oleh keredaan isu geopolitik Korea Utara apabila Korea Utara menyatakan kesediaan untuk berunding.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan susut sebanyak 0.08% kepada 89.49 setakat jam 11.05 pagi.

Matawang Euro mengukuh keparas tertinggi 2 minggu berbanding US dolar dengan mencatat peningkatan 0.10% kepada 1.2417.

Pasaran Komoditi

Harga minyak jatuh pada hari Rabu berikutan kelemahan pasaran saham selepas penasihat ekonomi US menyatakan perletakan jawatan.

Selain itu turut mempengaruhi peningkatan harga minyak adalah peningkatan pengeluaran minyak dan inventori.

Harga minyak WTI jatuh kepada $62.13 setong dan Brent jatuh kepada $65.25 setong setakat jam 11.05 pagi.

Harga emas meneruskan peningkatan sebanyak 0.11% kepada 1336.70 berikutan penyusutan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat