Pergerakan Pasaran Perlahan Dipacu Oleh Sentimen Berhati-Hati

308

Dolar Amerika bergerak sejajar berbanding yen pada sesi dagangan Asia, gagal mengekalkan keuntungan selepas rundingan perdagangan antara dua negara gergasi ekonomi mencapai kesepakatan dan menamatkannya dengan perjanjian perdagangan fasa pertama.

Masih banyak isu yang belum dibincangkan dalam perjanjian tersebut menyebabkan pelabur kembali berwaspada walaupun pada awalnya mereka menerima dengan baik perjanjian tersebut.

China dilaporkan mahu melanjutkan perbincangannya dengan AS untuk memuktamadkan perjanjian tersebut sebelum Perdana Menteri China Xi Jinping menandatanganinya dengan mendakwa tidak semua butiran dinyatakan melalui perjanjian itu.

Negara itu turut menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar membatalkan kenaikan tarif yang telah dirancang pelaksanaannya pada Disember ini.

Umum mengetahui bahawa beberapa siri rundingan yang pernah dilakukan oleh AS dan China sebelum ini juga menemui jalan buntu kerana tidak mencapai kesefahaman bersama. Rentetan daripada itu, pelabur mula bimbang bahawa perjanjian ini akan mengalami nasib yang sama seperti sebelum ini.

Sementara itu perkembangan di Eropah, rundingan antara United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenai Brexit juga dilihat mengalami nasib sama.

Usaha untuk mendapatkan perjanjian tergantung berikutan kesatuan itu mahukan lebih banyak konsesi daripada Perdana Menteri UK Boris Johnson dan turut menyatakan kemungkinan perjanjian tidak dapat dicapai dalam minggu ini.

Matawang pound turut mengalami tekanan berikutan kebimbangan sama ada perjanjian Brexit dapat dicapai atau tidak. Bagaimanapun, pound masih berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya di atas paras $1.261 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat