Pergerakan Pasaran ‘Slow’, USD Kekal Suram

529

Greenback gagal mengekalkan kenaikan yang dicatatkan pada sesi sebelum ini, dengan kembali didagangkan susut setelah sesi dagangan Eropah bermula.

Kebimbangan mengenai isu Evergrande sedikit mengganggu pasaran, namun ia tidak memberi impak ketara pada pergerakan matawang.

Pada mulanya, dolar Aussie dan kiwi sedikit terkesan dengan berita yang mengatakan saham Evergrande digantung untuk diperdagangan di pasaran Hong Kong pada sesi Asia.

Namun, dagangan kedua-dua matawang itu kembali stabil, memanfaatkan penyusutan US dolar ketika pelabur menantikan pemangkin yang jelas untuk menggerakkan raja matawang itu.

Data-data AS yang bakal diterbitkan minggu ini akan menjadi tumpuan utama pasaran di mana ia akan dijadikan petunjuk bagi rancangan pengurangan pembelian bon oleh Federal Reserve (Fed) terutamanya laporan pekerjaan NFP.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diperdagangkan susut pada 93.95.

Penyusutan ini telah memberi peluang buat matawang pound untuk mencatatkan peningkatan ke sekitar harga 1.3580 berbanding greenback.

Walaupun begitu, pelabur tetap berwaspada dengan tekanan harga gas yang tinggi dan isu mengenai perjanjian protokol UK dan Kesatuan Eropah (EU). Terbaru, Britain akan mengancam untuk membuang beberapa syarat perjanjian protokol Ireland Utara.
Sementara itu, dolar Kanada turut mencatatkan kenaikan dengan sokongan harga minyak mentah yang tinggi menjelang mesyuarat OPEC+.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat