Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

52

Forex

Matawang yen mengukuh berbanding US dolar dengan data pertumbuhan ekonomi yang kukuh berbanding jangkaan.

US dolar mencatat bacaan 113.41 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan pengukuhan sebanyak 0.26% . AUD pula mencatat penyusutan sebanyak 0.07% kepada 0.7547 berbanding US dolar. Matawang GBP juga mencatat penyusutan sebanyak 0.03% kepada 1.3384 setakat jam 10.25 a.m. selepas mengalami pengukuhan pada awal pagi.

Pengukuhan matawang yen didorong faktor berikut:

  • Pertumbuhan GDP suku tahun ketiga Jepun mencatat pertumbuhan 0.6% berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan pada suku tahun tersebut. Berdasarkan kiraan tahunan, GDP Jepun bertumbuh sebanyak 2.5% setahun berbanding sasaran 1.5% setahun.
  • Purata pendapatan tunai juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6%, kurang berbanding bacaan jangkaan 0.8% setahun.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh 0.07% kepada 93.82 dalam sesi dagangan Asia pada Jumaat setakat jam 10.25 a.m.

Pengukuhan ini didorong oleh data yang positif ;

  • Jabatan Buruh AS melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas berkurangan jika dibandingkan dengan minggu sebelum itu. Hal ini menunjukkan pasaran buruh yang semakin baik.
  • Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 01 Disember berkurangan sebanyak 2,000 kepada 236,000.
  • Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran meningkat sebanyak 239,000.

GBP/USD mengukuh sedikit didorong oleh tumpuan pelabur terhadap isu pembatasan Irish.

Minyak

Harga minyak jatuh pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.11% kepada $56.62 setakat jam 10.25 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.02% kepada $62.06 setong setakat jam 10.25 a.m.

  • Kejatuhan harga minyak pada hari ini didorong oleh pengukuhan US dolar walaupun dengan lanjutan perjanjian potongan minyak oleh OPEC.

Emas

Harga emas meneruskan kejatuhan pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Asia, didorong oleh pengukuhan US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.18% pada Khamis kepada $1,250.90 setakat jam 10.25 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat