Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

72

 

Forex

Matawang US dolar didagangkan tinggi berbanding matawang lain pada hari Jumaat dalam sesi dagangan eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sedikit 0.04% kepada 93.00 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Jumaat setakat jam 05.20 petang.

Dalam sesi dagangan eropah , US dolar membuat kenaikan pada hari pertama minggu ini, namun gagal mempertahankan pengukuhan tersebut sejak Selasa.

Penyusutan ini didorong oleh beberapa faktor; sila baca disini; https://intraday.my/semua-sebab-us-dolar-melemah-pada-selasa-hingga-khamis/

Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.10% kepada 1.1863. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.11% kepada 1.3323setakat jam 05.20 petang.

Matawang USD mengukuh sebanyak 0.16% kepada 111.40 berbanding yen. USD/CHF menyusut sebanyak 0.10% kepada 0.9809.

AUD menyusut sebanyak 0.14% kepada 0.7614 berbanding U.S dolar. Manakala NZD didagangkan pada 0.6877 iaitu menyusut sebanyak 0.19%.

USD/CAD didagangkan tinggi iaitu meningkat 0.09% kepada 1.2726 setakat jam 05.20 petang.

Minyak

Harga minyak masih lagi bercampur pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.97% kepada $58.58 setakat jam 05.20 petang.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.02% kepada $63.54 setong setakat jam 05.20 petang.

  • Harga minyak mentah meningkat apabila EIA melaporkan bahawa inventori minyak mentah jatuh 1.9 juta tong pada minggu lepas berbanding janggkaan yang mensasarkan kejatuhan hanya sebanyak 1.5 juta tong.
  • Pengumuman bahawa TransCanada akan memotong penghantaran bekalan minyak ke US sebanyak 85%.

Emas

Harga emas jatuh dalam pasaran Eropah pada hari Jumaat, berikutan kecairan dagangan semakin kecil. Namun kejatuhan harga emas terhad kerana penyusutan U.S dolar.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.09% kepada $1,290.98 per auns setakat jam 05.20 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat