Semua Sebab US Dolar Melemah Pada Selasa Hingga Khamis

55

US dolar membuat kenaikan pada hari pertama minggu ini, namun gagal mempertahankan pengukuhan tersebut sejak Selasa.

Kejatuhan US dolar bermula pada Selasa disebabkan aktiviti pengambilan untung dan juga perubahan posisi pelaburan/dagangan oleh pelabur menjelang cuti umum Thanksgiving di Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama kita juga dapat melihat kesukaran dalam hasil-bon 10 tahun US untuk membaut kenaikan, di mana terdapat juga kebimbangan pasaran terhadap keluk-hasil (yield-curve) yang bergerak mendatar.

Awal pembukaan pasaran hari Rabu, sekali lagi US dolar tertekan yang jelas dilihat dalam pasangan matawang USD/JPY. Janet Yellen pengerusi The Fed berucap pada pagi Rabu yang dinilai sebagai ‘dovish‘ dan kurang meyakinkan sekaligus meletakkan kebimbangan kepada pasaran tentang pengetatan kadar faedah di masa akan datang.

Komen Yellen terhadap inflasi

Pengerusi The Federal Reserve, Janet Yellen dilihat ‘tidak pasti’ sama ada inflasi akan naik semula dalam masa terdekat. Beliau menyatakan kebarangkalian untuk harga kekal di paras rendah beberapa tahun akan datang. Yellen juga mengatakan beliau tidak percaya ‘jangkaan inflasi’ telah meleset begitu banyak walaupun kadar inflasi telah berada di bawah sasaran sejak lima tahun lepas. Inflasi sepatutnya naik semula tahun depan atau dua tahun akan datang, kata beliau. “Saya akan kata saya begitu tidak pasti tentang perkara ini. Rakan-rakan saya juga tidak pasti dengan perkara ini sama ada ia hanya sementara, dan kami sedang memerhatikan perkara ini secara teliti.”

Data durable-goods U.S. meleset jauh dari jangkaan

US dolar meneruskan penurunan pada Rabu dalam sesi U.S. yang disebabkan oleh data durable-goods yang meleset jauh daripada jangkaan.

Tempahan durable goods yang termasuk komponen pengangkutan merosot (-1.2%) bulan lalu berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.4%. Manakala data tempahan Core durable-goods yang tidak mengambil kira komponen pengangkutan naik 0.4% meleset daripada jangkaan kenaikan 0.5%. Tempahan barangan tahan-lama (durable goods) jatuh jauh daripada jangkaan pada Oktober yang mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi U.S.

Minit mesyuarat FOMC

US dolar meneruskan kejatuhan selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan pada Khamis pukul 3 pagi. Walaupun ada perkara positif yang menunjukkan keperluan kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat, namun pasaran lebih bimbang dengan pendirian tentang inflasi.

Ramai daripada ahli The Fed yang bimbang dengan kadar inflasi yang akan kekal di bawah paras sasaran 2% lebih daripada jangkaan bank pusat.

Pasaran pada Khamis bergerak sideways dengan cuti umum di Amerika Syarikat dan Jepun. Paling ketara adalah pasangan matawang USD/JPY yang hanya bergerak pada julat 30 pip.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat