Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Sebelum ‘London Open’

76

US dolar meneruskan kejatuhan pada Jumaat selepas beberapa bank pusat utama global memberi isyarat era pelonggaran polisi kian berakhir. Hal ini telah banyak memberi keuntungan kepada matawang Euro, Pound dan Loonie sejak awal minggu ini. Dalam pasaran Asia, indeks saham utama dipengaruhi oleh prestasi hambar di US dan Eropah.

“Pasaran antarabangsa dilihat mengubah jangkaan mereka terhadap ekonomi pada 2018, di mana bank-bank pusat utama dunia menyertai kitaran pengetatan seperti The Fed,” Ric Spooner ketua penganalisis pasaran di CMC Market Sydney.

Indeks US dolar jatuh 0.1% kepada 95.505 dan sehingga kini telah jatuh 1.8% sejak Isnin. Indeks ini  telah jatuh 1.45% sejak awal bulan Jun dan susut 4.8% pada suku kedua 2017.

US dolar terus bergerak lebih rendah berbanding matawang utama yang lain walaupun terus mengukuh berbanding Yen sejak tiga minggu lepas. Selepas data harga pengguna Jepun naik  0.4%, US dolar dilihat lemah setakat ini dalam sesi Asia.

Gabenor Carney mengejutkan pasaran pada Rabu selepas komen beliau bahawa kenaikan kadar adalah perlu jika ekonomi Britain terus bergerak dalam kapasiti-penuh.

Pasangan matawang Gbp/Usd merekod kenaikan 330 pip sejak Isnin, di mana mencatat keuntungan tiga kali berturut-turut sejak Selasa sehingga Khamis.

Selepas komen yang sedikit hawkish oleh Draghi dan Carney, kini dua orang pegawai tertinggi dari Bank of Canada juga mencadangkan pengetatan polisi seawal Julai.

“Peralihan polisi monetari oleh beberapa bank pusat utama dunia menjadikan matawang lain lebih menarik berbanding US dolar,” kata Kathy Lien, Pengarah Urusan di BK Asset Management New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat