Pergerakan Semasa Pasaran Forex Menjelang Pengumuman Trump

1,200

US dollar meneruskan kenaikannya berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi New York menjelang pengumuman Presiden Trump terhadap perjanjian nuklear Iran. Pair GBP/USD jatuh sehingga 100 pip, EUR/USD jatuh 97 pip, AUD/USD jatuh 84 pip dan NZD/USD jatuh 75 pip.

Trump akan berucap pada pukul 2 pagi nanti dari White House.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.53% setakat pada pukul 10.36 malam.

Major pair EUR/USD jatuh 0.64% dengan GBP/USD jatuh 0.54%. USD/JPY pula naik 0.17%, USD/CAD naik 0.69% dan USD/CHF naik 0.06%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 1.02% dan 0.84% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen dan USD, manakala matawang paling lemah adalah CAD. NZD dan AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY jatuh 0.54%, pair AUD/JPY jatuh 0.94% dan NZD/JPY jatuh 0.71%.

US dollar naik ke paras tertingggi yang baru berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Selasa. Bukan itu sahaja matawang-matawang komoditi turut tertekan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan pengukuhan oleh US dollar.

Yen seperti biasa mendapat manfaat daripada kebimbangan pasaran terhadap pengumuman Trump dengan matawang Jepun ini menguat berbanding matawang utama kecuali US dollar.

Bukan itu sahaja, matawang-matawang komoditi tertekan sejak pagi tadi disebabkan pengukuhan US dollar. Hal ini disebabkan harga komoditi yang semakin mahal kerana komoditi dinilai dalam US dollar. Ia sekaligus menyebabkan matawang AUD, CAD dan NZD tertekan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat