Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

514

US dollar bergerak tidak menentu berbanding matawang Yen (JPY) pada Selasa selepas pengumuman dasar monetari terkini oleh Bank of Japan (BOJ). Pergerakan tidak menentu itu disebabkan jangkaan pasaran yang meleset di mana BOJ mengekalkan polisi semasa dengan menurunkan unjuran inflasi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.02% setakat pada pukul 4.37 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sehingga 0.15% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.17%. USD/JPY setakat ini pula naik sebanyak 0.34%, USD/CAD jatuh 0.10% dengan USD/CHF susut 0.02%. Pair AUD/USD membuat kenaikan 0.22%, manakala NZD/USD susut sebanyak 0.12%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang AUD/JPY membuat peningkatan sehingga 0.55% setakat ini.

Matawang JPY pada mulanya membuat kenaikan menjelang pengumuman dasar monetari Bank of Japan (BoJ) dengan jangkaan pasaran yang positif terhadap dasar monetari. Spekulasi sejak minggu lalu menunjukkan penganalisis percaya BoJ berkemungkinan mengurangkan amaun pembelian bon atau mengubah sasaran hasil-bon bank pusat.

Namun, jangkaan pasaran meleset apabila BoJ mengekalkan dasar monetari di mana kadar faedah negatif, amaun pembelian bon dan sasaran hasil bon dikekalkan pada paras semasa.

Perkembangan terkini rundingan NAFTA pula menunjukkan pegawai Amerika Syarikat menolak Kanada yang mahu menyertai rundingan peringkat tertinggi NAFTA pada minggu ini. Ketua perunding AS, Robert Lighthizer dijadualkan bertemu dengan menteri ekonomi Mexico Ildefonso Guajardo selepas mesyuarat dua hala minggu lalu berjalan dengan baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat