Pergerakan Terkini USD Menjelang Data Inflasi AS

711

Dolar greenback mendaki lebih tinggi pada sesi Eropah ketika pasaran menantikan penerbitan data inflasi AS pada malam ini yang dijangka akan terus menunjukkan peningkatan.

Kemungkinan untuk penarikan rangsangan AS susulan unjuran hawkish daripada Federal Reserve (Fed) bulan lalu, telah memacu pengukuhan US dolar sejak beberapa minggu terakhir.

Bacaan data inflasi AS yang akan dikeluarkan pada sesi New York, akan diperhatikan oleh para pembuat dasar Fed untuk membuat penilaian lebih lanjut mengenai bila pengetatan akan mula dilakukan.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan 0.1% lebih tinggi berbanding sekumpulan matawang utama pada 92.33.

Dalam pada itu, kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia semakin meningkat, terutamanya apabila kes jangkitan di Amerika Syarikat turut menunjukkan kenaikan.

Hal ini menyebabkan kebanyakan matawang utama terus diperdagangkan di bawah tekanan, terutamanya matawang Asia.

Dolar Aussie bergerak di sekitar paras terendah enam bulan berbanding US dolar, di tengah jangkaan bahawa langkah sekatan di Sydney akan dilanjutkan berikutan lebih banyak kes jangkitan dicatatkan.

Sementara itu, matawang euro turut didagangkan susut selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde mengatakan bahawa strategi baru mereka menaikkan sasaran inflasi adalah indikasi bahawa tidak mungkin ada pengetatan moneter pramatang seperti yang dilihat pada masa lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat