Perhatian! Bank of England Perkenalkan Peraturan Baharu Untuk Stablecoin!

144

“Adakah ini petanda baik atau buruk untuk stablecoin?”

Bank of England (BoE) dan Financial Conduct Authority (FCA) berhasrat mengenakan sekatan ke atas stablecoin sebagai satu bentuk pembayaran dan membangunkan peraturan baharu untuk sektor tersebut.

Pelaksanaan rang undang-undang tersebut akan membantu pengawal selia mewujudkan peraturan mata wang kripto dan masukkan stablecoin ke dalam perundangan pembayaran semasa.

Pelaksanaan peraturan untuk stablecoin tersebut turut akan sama seperti wang bank komersial, namun ia tidak akan menerima perlindungan sama susulan Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan (FSCS) menginsuranskan deposit pelanggan sehingga $105,059.

Pun begitu, peraturan stablecoin akan berdasarkan prinsip ditetapkan oleh jawatankuasa Bank of International Settlements tentang pembayaran, infrastruktur pasaran dan Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa.

Menurut timbalan gabenor Jon Cunliffe, teknologi ledger baharu yang menyokong kripto dapat memberi peluang kepada bank pusat atau deposit bank ditoken untuk mengeluarkan wang kertas digital.

Cunliffe sungguh percaya pendekatan itu dapat memberi kefahaman lebih jelas kepada bank dan institusi bukan perbankan mengenai keperluan rejim kawal selia masing-masing apabila bangunkan penyelesaian pembayaran menggunakan teknologi.

Semasa BoE meneroka konsep pound digital, ia juga sedang mengkaji kaedah untuk pastikan transaksi token diselesaikan dalam wang bank pusat, di mana ia adalah salah satu penyelesaian yang melibatkan penciptaan sistem ledger baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat