Perhatian! Ini 5 Faktor Dapat Mendorong Harga Optimisme (OP) Meroket!

227

“Apa-apa pun korang kena get ready dan buat kajian lebih terperinci lagi tau.”

Optimisme, penyelesaian penskalaan Ethereum (ETH) yang melancarkan Security Council telah mendedahkan beberapa faktor yang mampu mendorong mata wang kripto diasaskannya OP menggunung tinggi.

Berikut adalah senarainya:

Naik Taraf Dencun Ethereum

  • Naik taraf itu yang dilancarkan pada Mac 2024 adalah penting untuk Optimisme susulan ia akan mengurangkan keperluan data untuk mengekalkan rantaian layer-2 berasaskan ETH.
  • Dencun akan mengurangkan kos urus niaga diproses melalui blockchain layer-2 dan menjadikan Optimisme menjimatkan kos kepada pengguna.
  • Boleh meningkatkan lagi permintaan untuk Optimisme dalam ekosistem kripto.

Naik Taraf Delta

  • Dilancarkan pada 22 Februari 2024, naik taraf Delta akan mengaktifkan Span Batches untuk OP Mainnet dan semua OP Chains yang lain
  • Span Batches ialah ciri yang membuat perubahan teknikal pada blockchain bagi mengurangkan kos layer-1 sebanyak 97% untuk rantaian tidak aktif.
  • Boleh meningkatkan populariti OP di kalangan pembangun dan komuniti sehingga memacu permintaan OP dalam projek Web3 baharu.

OP Decentralization

  • Collective melancarkan Security Council pada 9 Februari 2024 kemudian menubuhkan 2/2 multisig yang diberi kuasa menandatangani naik taraf protokol untuk mainnet OP.
  • Dua penandatangan itu ialah Optimism Foundation dan Security Council.
  • Optimisme akan memajukan decentralization pada landasan teknikal, sosial dan tadbir urus untuk capai semula pencapaian decentralization Stage 1 digariskan oleh Vitalik Buterin dalam pelan hala tuju 2022.

Penghijrahan Farcaster Ke OP Mainnet

  • Aplikasi projek dan kontrak pintar berkaitan penghijrahan ETH ke rantaian layer-2 yang popular.
  • Aspek utama Optimisme memandangkan mainnet OP telah menyaksikan kenaikan besar dalam address aktif dengan ketibaan aplikasi seperti Worldcoin dan Farcaster.
  • Aktiviti pengguna pada Optimisme meningkat secara ketara dengan penggunaan kedua-dua aplikasi popular itu memacu mainnet OP ke 60% teratas address aktif harian dalam Optimistic Rollups.

Unlock Token OP

  • Sebanyak 24.16 juta token OP bernilai $85.28 juta akan unlock pada 29 Februari 2024 dan jika arah aliran berulang, harga OP boleh junam dalam minggu berikutan unlock token pada Mac 2024.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat