Perhatian Pelabur! Sila Siap Sedia Untuk Minit Mesyuarat FOMC Nanti

2,457

Dolar Amerika kekal didagangkan lebih tinggi, walaupun telah mula memaparkan penurunan pada sesi Eropah ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan di sekitar harga 93.00 pada awal sesi Eropah.

Pelabur akan melihat dengan teliti petujuk mengenai garis masa Federal Reserve (Fed) untuk pengurangan dalam pembelian aset dan kenaikan kadar faedah yang telah dibincangkan pada mesyuarat polisi baru-baru ini.

Sementara dolar loonie pula kembali didagangkan stabil setelah menyusut rendah berbanding USD, dengan pelabur kini turut menantikan penerbitan data inflasi Kanada pada malam ini.

Dolar kiwi terus didagangkan di bawah tekanan selepas menyentuh paras terendah 9 bulan berbanding USD pada sesi sebelum ini susulan keputusan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi yang berlangsung hari ini.

Keputusan itu dibuat susulan perintah berkurung yang dilaksanakan di seluruh New Zealand setelah beberapa kes jangkitan Covid-19 disebabkan varian Delta telah dikesan di negara itu pada Selasa.

Selain itu, dolar Aussie turut didagangkan suram di tengah ketidaktentuan pasaran berikutan kes Covid-19 dan prestasi lemah pasaran saham Asia disebabkan pengetatan peraturan oleh China ke atas penguasaan sektor teknologinya.

Dalam pada itu, matawang euro terus berlegar di sekitar paras terendah sejak November 2020 yang dicapainya pada sesi Asia, dengan didagangkan pada 1.17200 berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat