Perhatian Semua! Ini Punca BTC Bakal Tembus $35,000!

452

“Harapnya sampai la, penat dah pelabur tunggu ni.”

Susulan Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya mencecah semula $29,287.

Namun, harga BTC malangnya menyusut semula pada paras $28,672 apabila kebimbangan mengenai ketidaktentuan makroekonomi mula tercetus.

Meskipun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BitMEX, Arthur Hayes berpandangan aset digital tersebut berpotensi naik lagi ekoran Fed berkemungkinan akan lebih melonggarkan dasar monetari mereka.

Selain itu, bank seperti Silicon Valley Bank (SVB), Signature Bank dan First Republic Bank yang mengalami kejatuhan drastik baru-baru ini turut berupaya mendorong harga BTC untuk melepasi paras $35,000 dalam masa terdekat ini.

Menurut Hayes kepada 377,4000 pengikut dalam akaun Twitter miliknya, beliau sedang short saham bank Amerika Syarikat (AS) sambil membayangkan ia akan menjana keuntungan apabila harga BTC melonjak.

Pada masa ini, harga BTC melonjak sebanyak 0.77% pada paras $29,295 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $567 bilion tetapi masih mencatatkan penurunan sekitar 0.79% sepanjang minggu lepas.

Sementara kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula menyusut 0.06% pada paras $1,899 dengan modal pasaran $228 bilion manakala Ripple (XRP) raih sekitar 0.38% pada $0.46 dan tergelincir 0.74% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat