Perhatian Trader! Baca Ini Sebelum Mula Trade Di Sesi Eropah

777

Tumpuan utama sesi Eropah hari ini terarah kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK yang memperlihatkan bacaan bercampur-campur pada Oktober.

Kegiatan perniagaan Perancis terus melemah pada bulan ini, dengan penurunan lebih jelas ditunjukkan dalam sektor perkhidmatan berikutan perlaksanaan perintah berkurung di bandar-bandar besar seperti Paris pada awal bulan ini. Sektor pembuatan pula berkembang dengan kadar lebih perlahan.

Berbeza pula di ekonomi terbesar Eropah, Jerman yang mengalahkan jangkaan pasaran, di mana sektor pembuatan menunjukkan pengembangan paling kukuh sejak April 2018, disokong oleh pertumbuhan output kilang dan pesanan baru yang lebih kuat.

Pengukuhan ini dapat membantu mengimbangi kemerosotan yang dicatatkan dalam sektor perkhidmatan dan membuktikan tahap ketahanan ekonomi Jerman dalam menghadapai gelombang kedua coronavirus.

Secara keseluruhannya, hasil tinjauan menunjukkan pengeluar menikmati pertumbuhan terpantas sejak awal 2018 kerana pesanan melonjak lebih tinggi di tengah permintaan global yang meningkat, tetapi perlaksanaan sekatan baru telah memberi kesan pada sektor perkhidmatan, terutama permintaan dalam industri perhotelan yang terjejas teruk.

Bagaimanapun, situasi ini berbeza dengan sektor pembuatan di UK yang mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan berikutan peningkatan pengeluaran dan pesanan baru yang masih lemah, di samping turut disebabkan oleh pengurangan pekerjaan dalam sektor perkilangan.

Sementara sektor perkhidmatan pula kehilangan momentum pada bulan Oktober dengan mempamerkan kejatuhan pertama sejak Jun, didorong oleh penurunan pesanan baru dalam perniagaan UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat