Perincian Pemulihan Ekonomi Akan Dibentang Pada RMK-12 & Belanjawan 2022

149

Kemantapan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan perincian mengenai langkah-langkah dalam pemulihan ekonomi lain akan diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 dan Belanjawan 2022.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata RMK-12 dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September 2021 dan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober 2021.

“Tiga fokus utama akan ditumpukan pada Belanjawan 2022 yang diantaranya adalah agenda untuk memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan atau Recovery, Resilience, Reform,” kata beliau.

Tumpuan khusus akan lebih terarah kepada usaha untuk memulihkan sektor yang terjejas seperti pelancongan dan meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial.

Selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada perancangan bagi merancakkan ekonomi digital dalam usaha untuk mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Menerusi kenyataan lain, kerajaan menjangkakan kebanyakan negeri akan beralih ke Fasa Empat PPN seawal Oktober.

Kenyataan berkenaan dilontarkan oleh beliau semasa sesi penerangan menteri-menteri pada sidang khas Dewan Rakyaat hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, beliau akan menerbitkan kenyataan Pra-Belanjawan termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan Ogos.

Kenyataan itu juga akan diterbitkan seiring dengan usaha untuk meningkatkan ketelusan proses serta penglibatan rakyat dalam penyediaan belanjawan tahunan.

Sebuah Portal Pelan Pemulihan Negara telah dibangunkan oleh kerajaan sebagai sumber rujukan bagi memaparkan maklumat mengenai PPN dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terkini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat