Pada Sabtu lepas, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif sebahagian daripada langkah untuk menghulurkan bantuan dana ekonomi kepada penduduk Amerika Syarikat yang terjejas akibat COVID-19. Langkah itu diambil setelah pakej rangsangan bernilai 3 triliion dolar gagal mencapai kata sepakat anggota kongres.
Kebanyakan penduduk Amerika Syarikat bergantung kepada bantuan yang diluluskan kongres setelah kadar penganguran melonjak sebanyak dua angka dan bantuan dana telah tamat. Trump telah memilih untuk tidak menunggu kesepakatan Kongres dengan mengumumkan perintah yang memberikan tambahan US $ 400 setiap minggu sebagai insentif pengangguran. Dalam masa yang sama turut diumumkan penangguhan cukai gaji, dan penangguhan pembayaran pinjaman pelajaran.
Walaubagaimanapun, para ahli ekonomi berpendapat bahawa usaha tersebut berkemungkinan tidak mencukupi. Pakar ekonomi JPMorgan Chase (NYSE: JPM) Michael Feroli berpendapat inisiatif tersebut mungkin hanya dapat menyumbang kurang daripada $ 100 bilion berbanding pakej yang diusulkan oleh Senat bernilai $ 1 trillion dan $ 3 trillion.
Ahli ekonomi dari Oxford Economics menganggarkan perintah eksekutif Trump akan menambah sehingga 0.2% daripadak KDNK. Disis lain, ketua ekonomi di Moody Analytics, Mark Zandi menyatakan bahawa langkah yang diusulkan oleh Trump akan memakan waktu lama dan boleh ditentang di pengadilan.